Terkini Viral

Penemuan Ular Sawa Gergasi Di Sarawak Gemparkan Penduduk

MUSIM banjir di Sarawak bukan sahaja menyebabkan manusia berpindah ke tempat selamat tetapi juga haiwan-haiwan liar.

Itulah yang berlaku pada penduduk di sekitar Kelawit Tatau, Bintulu yang digemparkan dengan penemuan seekor ular sawa gergasi seakan anakonda di sebuah kawasan hutan berdekatan.

Ular sawa tersebut  sangat besar dan dianggarkan seberat hampir 200 kilogram dan sepanjang enam meter.

Reptilia ganas tersebut ditangkap oleh penduduk rumah panjang kira-kira pukul 5 petang semalam.

Ular sawa gergasi tersebut kemudian dibunuh dan dibawa balik ke rumah panjang untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama ular gergasi sebegini ditangkap di Sarawak. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen