Semasa

Penduduk Terkejut, Cacing Melimpah Lepas Banjir

Buat pertama kalinya penduduk di Hulu Terengganu menempuh satu fenomena baharu selepas banjir surut iaitu lambakan cacing yang keluar ke permukaan tanah.

Sinar Harian melaporkan, fenomena itu diakui belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan termasuk warga emas Wan Hasmah Abas, 53, dari Kampung Tok Lawit, Kuala Berang.

Kredit Gambar: Facebook Nafie ILlias

Cacing yang muncul dalam kuantiti banyak ini juga dilaporkan berbeza dengan cacing yang biasa dibuat umpan memancing di mana keadaan fizikalnya berwarna merah gelap, panjang dan sangat licin.

Banjir telah melanda Terengganu bermula 31 Disember tahun lalu sebelum pulih sepenuhnya pada 9 Januari 2017.