Hiburan

Pendedahan Eksklusif, Tak Bayar Zakat Punca Fizo Omar Muflis

PERNAH diisytiharkan muflis pada tahun 2013 gara-gara namanya disalah guna sebagai penjamin bagi pinjaman RM2 juta tanpa pengetahuannya.

Pengalaman pahit itu tidak menjadikan pelakon dan pengacara, Fizo Omar berputus asa.

Walaupun kehidupannya ketika itu begitu getir dan penuh dengan tekanan, Fizo berjaya bangkit.

Setelah dikaji, Fizo menemui antara sebab kenapa dia dilanda musibah tersebut. Antaranya ialah lupa diri dan mengambil remeh tentang amalan zakat.

Merasakan pengalaman tersebut harus dikongsi kepada orang ramai, baru-baru ini Fizo telah melancarkan sebuah buku berjudul ‘Bangkit Bila Bankrap’ dan belajar mengenai impak zakat dalam perniagaan.

Menurut Fizo, proses untuk menghasilkan buku tersebut mengambil masa 13 bulan dan ketika itu isterinya Mawar Karim sedang sarat mengandung.

“Sekarang selepas Mariam masuk usia empat bulan baru buku itu dapat dilancarkan. Jadi pelancaran Bangkit Bila Bankrap sangat istimewa buat diri saya secara peribadi,” katanya memetik Harian Metro Online.

Baru sahaja dilancarkan, buku ini dikhabarkan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Semoga apa yang dilalui oleh Fizo itu menjadi pengajaran untuk semua. Ingat, zakat tidak akan memiskinkan anda malah sebaliknya! –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen