Semasa Sensasi Terkini Viral

Pendakwah Tidak Sangka Gambar Cium Dahi Raja Salman Menjadi Tular

Baru-baru ini ketika kedatangan Raja Salman Abdulaziz Al Saud seorang lelaki Cina telah menarik perhatian ramai apabila bertindak mencium dahi pemimpin Arab Saudi itu.

Gambarnya mencium dahi Raja Salman menjadi tular sehinggakan ramai tertanya-tanya siapakah gerangan yang bertuah itu. Maklumlah, bukan sebarangan orang dapat mendekati Raja Arab Saudi yang dikawal ketat itu.

Persoalan itu akhirnya terjawab setelah identitinya didedahkan oleh pihak media. Empunya diri, Sheikh Hussain Yee yang juga seorang pendakwah Islam berkata beliau sendiri tidak menyedari bahawa gambar beliau sedang mencium dahi Raja Salman telah tersebar luas.

Beliau adalah antara sekumpulan aktivis agama dan mufti Malaysia dari beberapa negeri yang mengadakan pertemuan dengan Raja Salman semasa lawatan empat harinya ke Malaysia.

Beliau telah menunaikan umrah atas jemputan Raja Arab Saudi itu dua tahun lalu, tetapi ini adalah kali pertama beliau bertemu Raja Salman secara peribadi.

Hussain, adalah pengasas dan presiden Al-Khaadem, sebuah organisasi khusus untuk dakwah dan kerja sosial.

Beliau dilahirkan di Kedah dan memeluk agama Islam di Pulau Pinang ketika berusia 18 tahun. Beliau pernah belajar di Madinah selama enam tahun.

Pendakwah yang berusia lingkungan 60-an itu berkata Raja Salman sangat menyokong dan menggalakkan kerja dakwah yang dilakukan beliau dan aktivis lain.-KLICK.MY