Luar Negara

‘Pendaki Bikini’ Ditemui Mati Kesejukan Selepas Terjatuh Ke Dalam Gaung

DIKENALI sebagai ‘Pendaki Bikini’ kerana suka berpakaian renang untuk mendaki, Gigi Wu atau Wu Chin-yun ditemui mati kesejukan.

Wu melakukan pendakian solo pada 11 Januari lalu di Taman Negara Yushan di Taiwan, sebelum ditemui oleh badan mencari dan menyelamat.

Pendaki berusia 36 tahun itu membuat panggilan kecemasan kepada seorang rakan menggunakan telefon satelit miliknya pada 19 Januari lalu.

Wu memberitahu dia terjatuh dan tersadung ke dalam gaung sedalam 20 meter.

Menurutnya, dia terperangkap di bawah dan tidak dapat bergerak akibat kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh.

Perbadanan Perkhidmatan Pengangkutan Udara kepulauan itu memberitahu, mereka cuba menggunakan helikopter ke lokasi kejadian, tetapi operasi terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Mereka kemudian menghantar dua pasukan untuk mencari dan menyelamat.

Mayat Wu ditemui di lokasi kejadian 28 jam kemudian. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.