Luar Negara Terkini

Pencipta Karakter Spiderman Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun

SEBUT sahaja Spiderman, daripada orang dewasa hinggalah kanak-kanak pasti mengenali watak adiwira tersebut.

Lelaki yang disengat labah-labah akhirnya bertukar menjadi adiwira hebat menyelamatkan dunia daripada ancaman penjenayah, antara watak adiwira yang menjadi ikon komik terkenal dunia, Marvel.

Namun, adakah anda mengenali dan tahu siapakah yang mencipta karakter terkenal ini?

Steve Ditko merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta watak ini. Namun, khabar sedih diterima mengatakan Steve telah meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Dia ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya yang terletak di Manhattan pada 29 Jun lalu.

Steve memulakan kerjayanya pada tahun 60an dengan bekerjasama dengan Stan Lee dan memperkenalkan watak Peter Parker dan Spiderman pada tahun 1962.

Dia kemudian memperkenalkan pula tokoh komik Doctor Strange.

Kedua-dua karakter itu menjadi filem blockbuster yang mempunyai pengikut sendiri.

“Keluarga Marvel bersedih atas berita pemergian Steve Ditko. Stave mengubah industri dan Marvel, kami tidak akan melupakan beliau dan warisnya,” ujar Presiden Marvel Entertainment, Dan Buckley.

Lelaki tersebut dilahirkan di Johnstown, Pennsylvania, Amerika Serikat pada tahun 1927.

Dia meninggalkan Marvel pada tahun 1966, namun kembali semula pada tahun 1979 dengan karya Squirrel Girl. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.