Sensasi Terkini Viral

Syamsul Debat Nafi Ada Hubungan Dengan Isteri Orang

PENCERAMAH bebas, Syamsul Amri Ismail menafikan tuduhan yang membayangkan beliau mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita seperti mana disiarkan media pada Ahad lalu.

Lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, 41, penceramah bebas ini melahirkan rasa terkejut selepas dihujani pelbagai pertanyaan daripada anggota keluarga sebaik sahaja pulang dari Tanah Suci Makkah.

“Saya dengan ini menafikan (segala) tuduhan yang dibuat, sebab saya pun tak tahu apa tuduhannya. Katanya siasatan sedang dibuat, tapi saya sendiri pun belum disoal pihak berkuasa.

 “Cuma pesanan saya pada mana-mana media yang buat laporan seolah-olah mengelirukan, kena tengok baliklah.

“Katanya ada laporan (polis) di Johor. Saya pun tak tahu siapa yang melapor. Lelaki, perempuan atau khunsa? (Secara) berkumpulan atau individu?

“Tapi tiba-tiba muka Syamsul Debat keluar (dalam akhbar), besar pula. Jadi mana tak kelam kabut. Ahli keluarga semua tanya, apa cerita.

“Siap letak profil dan biodata saya. Seolah-olah macam saya dah dituduh dan dihukum,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sehubungan itu, beliau akan berbincang lebih lanjut dengan peguam bagi memutuskan tindakan sesuai terhadap media yang terlibat.

Bagaimanapun, kata Syamsul, segala yang berlaku sama sekali tidak akan menghalang dirinya untuk terus aktif berceramah. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen