Hiburan

Penangan Penyanyi Terkenal, Ais Krim Laris Gara-Gara Baekhyun (EXO)

BARU-BARU ini salah seorang penyanyi daripada kumpulan terkenal Korea, Baekhyun (EXO) memuat naik fotonya sedang menikmati ais krim ketika bercuti di Jepun.

Namun, apa yang menariknya, peminat lebih terpesona dengan ais krim yang dimakannya. Rata-rata peminat terliur dan ingin merasai kenikmatan ais krim tersebut.

Malah, mereka percaya dengan cita rasa Baekhyun selain ‘cair’ apabila bintang pujaan mereka mengeja perkataan cream sebagai cweam.

Ekoran itu, peminat mula memuat naik gambar mereka yang turut menikmati ais krim sama selepas melihat gambar Baekhyun sehingga ada yang mengadu ais krim tersebut sudah habis dijual.

“Kita kena laporkan kepada syarikat yang menjual ais krim ini agar menambah stok mereka. Jika Baekhyun yang makan ia pasti sedap.

“Penjual harus tahu yang jualan ais krim ini pasti akan meningkat mendadak… Saya cari pun tak jumpa,” kata peminat di laman sosial seperti dilaporkan Koreaboo.

Ini bukan kali pertama anggota kumpulan EXO memberi promosi percuma di laman sosial mereka kerana sebelum ini ada beberapa barangan yang digunakan mereka termasuk makanan seperti kek cawan habis terjual selepas mereka menggunakannya. –KLICK.MY