Luar Negara

Pemuda Lumpuh Selama 8 Tahun Selepas Telah Lintah Bulan Meninggal Dunia

PADA 2010, Sam Ballard yang ketika itu baru berusia 19 tahun telah menelan seekor lintah bulan setelah dicabar oleh rakan-rakannya di sebuah parti.

Dia yang merupakan pemain ragbi menyahut cabaran itu tanpa berfikir panjang. Keesokannya dia dikejarkan ke hospital gara-gara tindakan beraninya itu.

Doktor mendapati pemuda kelahiran Sydney, Australia itu dijangkiti radang disebabkan cacing peparu yang terdapat dalam lintah bulan itu.

Ballard berada dalam koma selama 420 hari dan mengalami jangkitan radang disebabkan parasit tersebut.

Dia dikeluarkan dari hopital tiga tahun kemudian dan sejak itu dia hidupnya di atas kerusi roda.

Selepas lapan tahun hidup dalam keadaan lumpuh, lelaki malang ini akhirnya meninggal dunia.

“Sam merupakan seorang pejuang sejati.  Dia mempunyai ramai kawan-kawan serta keluarga yang menyayangi dan mengambil berat dirinya.

“Pada hari terakhir hidupnya, dia sangat gembira dan dikelilingi suasana kasih sayang,” ujar kenyataan keluarganya.

Ayat terakhir Ballard untuk ibunya adalah ‘saya sayang anda’. –KLICK.MY

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.