Hiburan Sensasi Terkini

Peminat Terkejut, Lee Dong Wook-Suzy Sahkan Sedang Bercinta

PASANGAN pelakon Lee Dong Wook dan Suzy mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Allkpop melaporkan perkara itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan kedua-dua artis tersebut iaitu King Kong by Starship dan JYP Entertainment pada Khamis.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Dong Wook, 37, dan Suzy, 24, berkenalan ketika menghadiri sebuah majlis sebelum hubungan mereka bertukar menjadi rapat.

“Pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan tetapi lama-kelamaan keakraban itu bertukar menjadi cinta.

“Walaupun masih terlalu awal untuk menyatakan sejauh mana hubungan cinta mereka namun Dong Wook dan Suzy berharap berita ini dapat direstui oleh peminat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Suzy sebenarnya sudah lama menyimpan hati terhadap Dong Wook malah pada 2012 dia pernah mendedahkan pelakon drama popular Goblin itu adalah lelaki idamannya.

Pengakuan itu dibuat ketika Suzy yang juga anggota kumpulan Miss A muncul dalam program SBS Strong Heart.

Dalam pada itu, sumber daripada industri hiburan di Korea tidak terkejut dengan berita itu kerana merasakan kedua-dua mereka mempunyai persamaan dalam pelbagai hal. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.