Sensasi Terkini Viral

Peminat Tak Sanggup Benci Uqasha Sebab Terlalu Cantik

Peminat cerita Hero Seorang Cinderella tidak sanggup membenci watak antagonis dibawa oleh Uqasha Senrose kerana aktres itu terlalu cantik penampilannya.

Banyak komen yang membenci, meluat serta marah dengan lakonannya ditulis di laman Instagram milik Uqasha, @uqashasenrose2 kerana watak Puteri yang dibawakannya dalam siri popular itu sangat menjadi.

Uqasha membawakan watak antagonis digandingkan dengan pelakon Datin Seri Zizie Izette yang membawa watak Puan Sri Mawar.


Puteri dan Puan Sri Mawar merupakan ibu dan anak yang sering membuli dan bertindak kejam terhadap watak Nura Medina yang dijayakan oleh Nur Fazura.

Gandingan mereka mendapat pujian ramai selain Uqasha turut dipuji mempunyai keserasian dengan pelawak Fikry Ibrahim yang memegang watak sebagai Farrizam. –KLICK.MY