Hiburan Viral

Peminat Prihatin Suruh Fasha Pakai Helmet

Fasha Sandha telah memuat naik videonya sedang membonceng motor untuk pergi ke masjid berdekatan dalam Instagramnya.

Fasha yang memakai telekung, dirakam membonceng di belakang motor yang dibawa seorang pemuda manakala di tengah terdapat anaknya.

One of the best moments of my life. Syukur. Bestnya bila dapat cuti kejap. ?? @ikmaldaniels @wlfs4eva

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Fasha turut menulis kapsyen ‘One of the best moments of my life. Syukur. Bestnya bila dapat cuti kejap’ di bawah klip video tersebut.

Dalam video tersebut, dia nampak benar-benar menikmati waktu rehatnya dengan mengambil peluang untuk solat di masjid.

Namun yang tidak sedapnya, Fasha dan anaknya tidak memakai helmet seperti pemandu motosikal.

Justeru rata-rata peminat begitu prihatin meminta Fasha memakai helmet walaupun mungkin masjid yang ditujunya terletak berdekatan sahaja atas faktor keselamatan.


Apa-apa pun Fasha memang nampak manis memakai telekung dan menutup aurat. Sejuk je mata memandang.. -KLICK.MY