Hiburan Semasa

Peminat Mahu Jep Dan Sari Yanti Bersatu

Walaupun masing-masing seakan bermain teka teki mengenai hubungan cinta, namun daripada gerak geri dan bahasa tubuh sudah boleh ditafsirkan apa sebenarnya tersirat di hati.

Apatah lagi, Jep dilihat telah memuat naik gambar mesra mereka di Instagram dengan kapsyen berbau cinta. Ianya mendapat respon positif daripada peminat yang rata-rata suka kalau mereka disatukan.

Ketika ditanya oleh pihak media tentang hubungan mereka, menurut Jep buat masa ini mereka hanya berkawan atau ‘kawan tapi mesra’ namun dia tidak menolak seandai jodohnya bersama Sari Yanti.

Malah, mereka juga mendakwa jarang bertemu kerana sibuk dengan komitmen masing-masing.

Apa pun semoga hubungan cinta yang tidak didendangkan ini berjaya sampai ke jenjang pelamin. -KLICK.MY