Hiburan Sensasi Terkini

Peminat Bangga Saharul Ramah Melayan Anak-Anak Syurga

Statusnya sebagai pelakon popular bukan halangan buat Saharul Ridzwan untuk berbuat amal dan kerja-kerja kebajikan.

Selain sibuk di set penggambaran, masa yang terluang digunakan untuk mendekati masyarakat dan insan-insan istimewa.

Kalau melihat Instagram milik pelakon yang bakal bergelar ayah ini tidak lama lagi, dia ada memuatnaik videonya bersama anak-anak syurga ketika mengemas kereta di sebuah masjid di Ijok.

Menurutnya dia tidak menyangka dapat bertemu dengan anak-anak ini. Malah rasa sayu kerana mereka mahu bergambar dengannya.

Rata-rata netizen berterima kasih dan bangga dengan pelakon kerana sudi melayan kehendak anak-anak syurga tersebut.-KLICK.MY