Semasa Sensasi Terkini

Pemburu Afrika Hilang Dipercayai Dibaham Buaya

Kehilangan seorang pemburu di Afrika Selatan selepas pergi memburu di padang ragut safari menjadi teka-teki.

Scott Van Zyl hilang seminggu lalu dan ramai yang percaya dia mungkin dibaham buaya. Dia pergi berburu bersama sekumpulan anjing pemburu.

Dia dipercayai telah dibaham buaya di tebing Sungai Limpopo di Zimbabwe. Kedatangannya di Afrika Selatan dengan harapan untuk menangkap beberapa haiwan besar.

Ayah kepada dua orang anak ini telah meninggalkan trak dan merentas masuk ke dalam belukar dari arah yang berbeza.

Namun, pada hari yang sama anjing-anjing pulang ke kem tanpanya. Senapang dan barang-barang dijumpai di dalam trak.

Pasukan penyelamat helikopter, penyelam dan pengesan mencari di beberapa kawasan dan mendapati tapak kaki Scott kelihatan tebing sungai. Malah, pengesan menjumpai begnya ada berdekatan.

Mereka percaya Scott telah dibaham oleh dua ekor buaya Nil. Malah, dua buaya telah ditangkap dan ketika dibedah terdapat anggota badan manusia di dalamnya.

Kini mayat sedang dibedah siasat untuk memastikan sama ada ia mayat Scott atau bukan. Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dibaham buaya di Zimbabwe pada bulan lalu.

Mangsa terbaru adalah seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang ditemui dalam perut buaya oleh penduduk kampung.-KLICK.MY