Gaya Hidup Jenayah Terkini

Pemandu Uber Tunjuk Kemaluan, Wanita Lompat Keluar Kereta

SEORANG perunding kecantikan terpaksa melompat keluar dari kereta selepas pemandu Uber didakwa menunjukkan kemaluan dan merabanya.

Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi Khamis lalu, wanita berusia 23 tahun menaiki Uber untuk pulang ke rumahnya dari Jalan Sungai Besi ke Taman Jaya.

Menurut mangsa, disebabkan tiada pemandu lain yang menerima tempahannya, dia terpaksa menaiki kereta seorang pemandu yang mendapat markah 4.47 bintang dalam sistem pemarkahan Uber.

“Tempat duduk belakang kereta suspek sudah penuh, jadi saya terpaksa duduk bahagian depan,” katanya ketika dihubungi akhbar China Press semalam.

Ketika menjawab panggilan telefon, mangsa tiba-tiba ternampak suspek memandangnya sambil membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluan.

Terkejut dengan tindakan pemandu itu, beliau segera meminta suspek menghentikan kereta tetapi lelaki itu sebaliknya mengunci pintu dan tingkap sebelum meraba pahanya sambil terus memandu.

Wanita itu yang pada mulanya tidak dapat berbuat apa-apa, bertindak melompat keluar dari kereta ketika ia berhenti di lampu isyarat merah.

Disebabkan trauma, wanita itu hanya ingat suspek memandu kereta jenis Perodua tetapi lupa nombor pendaftarannya.

Atas nasihat rakan, mangsa membuat laporan polis kira-kira 12 tengah malam Sabtu di Balai Polis Bandar Sunway.

Mangsa berkata, kejadian itu meningkatkan kesedarannya terhadap tahap bahaya di sekeliling dan menasihatkan wanita lain supaya lebih berhati-hati ketika berada di luar. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen