Sensasi Terkini Viral

Pemandu Tinggalkan Jenazah Tepi Jalan Takut Ditimpa Sial

Sungguh tidak ada perasaan belas kasihan atau bersalah seorang pemandu kereta sewa apabila sanggup tinggalkan jenazah seorang lelaki di tepi jalan.

Dia meninggalkan jenazah tersebut bukan disebabkan takut hantu atau apa, tetapi kerana takut ditimpa sial atau nasib malang.

Kejadian tersebut berlaku di daerah Sulawesi, Indonesia. Jenazah itu ditinggalkan setelah dihantar berubat kampung dengan menggunakan kereta sewa berkenaan.

Namun ketika perjalanan pulang, lelaki yang sakit itu meninggal dunia di dalam kereta tersebut. kejadian itu diceritakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Dharnie Anie.

Dia memuat naik gambar-gambar kejadian di mana kelihatan ahli keluarga jenazah menangisi nasib malang yang menimpa mereka.

Beberapa jam kemudian akaun Dharnie Anie kembali berkongsi gambar van jenazah sudah sampai di lokasi kejadian.

Ekoran kejadian itu, netizen mengecam tindakan pemandu tidak bertanggungjawab itu dan mereka juga menggesa pihak polis negeri itu agar segera melakukan siasatan.

Tak tahulah apa masalah pemandu kereta sewa tersebut sehingga percaya perkara-perkara karut seperti itu. Nasib baik kejadian ini bukan berlaku di Malaysia.-KLICK.MY