Terkini Viral

Pemandu Teksi Dirakam Ona*i Ketika Bawa Pelajar Perempuan

KALAU sudah tidak dapat menahan nafsu, tidak kira tempat atau situasi buat mereka yang mempunyai penyakit gila seks.

Individu seperti ini amat berbahaya apatah lagi sekiranya ada peluang di depan mata. Apa yang berlaku di negara jiran, Thailand ini boleh dijadikan iktibar.

Seorang pengguna Facebook bernama Potcharadech Phongphian memuat naik beberapa keping gambar seorang pemandu teksi sedang melakukan onani di dalam teksi.

Dia mendakwa pemandu teksi tersebut melakukan onani ketika menghantar tiga pelajar perempuan ke sekolah.

Phongphian dalam postingnya yang tular itu berkata salah seorang daripada tiga pelajar itu adalah adik perempuannya yang dalam perjalanan ke sekolah di kawasan Pak Nam di Thailand, dalam kejadian pada Khamis lalu.

Aksi menjijikkan pemandu itu dirakam oleh salah seorang pelajar sebelum mereka bertindak keluar dari kereta.

“Budak-budak itu sedar apa yang berlaku dan berasa geram,” katanya.

Sikap pemandu teksi itu telah merosakkan nama baik pemandu-pemandu yang lain. Ia secara tidak langsung membuatkan periuk nasi pemandu teksi lain terjejas kerana pelanggan mulai takut.

Malah, ia juga berbahaya untuk pelanggan wanita dan pelajar sekolah terutamanya pada awal pagi dan malam.

Phongphian juga menyeru orang ramai agar menyebarkan gambar yang dimuat naiknya itu selain mahu pihak polis bertindak segera menangkap pemandu tersebut. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen