Luar Negara

Pemain Bola Sepak Brazil Ditemui Mati, Kepala Dan Kemaluan Dipotong

PEMBUNUHAN ngeri seorang pemain bola sepak profesional di Brazil mengejutkan penduduk di sana.

Daniel Correa, 24, ditemui mati dalam belukar dengan kepalanya nyaris putus dan kemaluannya dipotong.

Polis berkata Correa dibunuh dengan kejam dalam keadaan yang mengerikan.

Mayat pemain tengah Sao Paulo itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu di Sao Jose dos Pinhais, di wilayah Curitiba.

Beberapa laporan di Brazil mendakwa punca kematian disebabkan oleh kecederaan akibat pisau.

Menurut media tempatan, mangsa kemungkinan diseksa sehingga mati.

“Ia merupakan keadaan yang sangat kejam berikutan penemuan mayat itu,” kata salah seorang pegawai polis.

Correa menyertai Sao Paulo pada 2014, tetapi baru-baru ini dipinjamkan ke Sao Bento.

Pemain tersebut mempunyai kontrak bersama Sao Paulo sehingga Disember tahun ini.

Kelab Sao Paulo dalam satu kenyataan berkata Kelab Bola Sepak Sao Paulo amat berduka cita di atas kematian pemain tengah itu.

“Kelab bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau,” kata kenyataan itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.