Semasa

Pelanggan Potong Kepala Tak Puas Hati Harga Makanan

Serius..memang ngeri menonton klip video di mana seorang pelanggan restoran di Hubei, China telah menetak hingga putus leher pemilik restoran.

Tidak masuk akal motif pembunuhan tersebut kerana hanya tidak berpuas hati apabila pemilik restoran mengenakan caj makan terlebih 65 sen atau 1 Yuan dan mereka mula bertengkar.

Oleh kerana bengang harga makananya terlebih sedikit, tanpa perikemanusian pelanggan yang berusia 22 tahun dari wilayah Sichuan itu terus menetak bertubi-tubi pemilik restoran tersebut.

Dalam klip video itu, kelihatan beberapa orang saksi dan pelanggan lain cuba menyelamatkan pemilik restoran itu tetapi tidak berjaya. Malah, kedengaran suara mangsa menjerit kesakitan sebelum maut.

Suspek ditahan di tempat kejadian dan dibawa ke balai untuk siasatan. Darah mangsa di tempat kejadian masih kelihatan ketika suspek ditahan.-KLICK.MY