Sensasi Terkini Viral

Pelanggan Mabuk Fitnah Restoran Mamak Terkenal

Sudahlah mabuk kemudian buat fitnah pula kepada sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur. Fitnah yang mengatakan Restoran Nasi Kandar Pelita mengenakan caj kepada kanak-kanak yang muntah di premis tersebut dibuat di laman Facebook We Are Malaysia-Indian.

Bertindak atas fitnah yang dilemparkan, pihak Restoran Nasi Kandar Pelita membuat laporan polis berserta bukti rakaman CCTV.

Rakaman CCTV tersebut jelas menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku. Dalam rakaman tersebut kelihatan beberapa orang pelanggan sedang menikmati makanan.

Manakala di sebuah meja, kelihatan sekumpulan pelanggan terdiri daripada lelaki dan perempuan sedang menjamu selera sambil berbual-bual.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba salah seorang daripada mereka muntah. Menurut pihak Restoran Nasi Kandar Pelita, muntah tersebut menyebabkan mereka terpaksa mencuci dan membuang pinggan serta gelas yang terkena muntah.

Kerana pelanggan mabuk yang muntah, menyusahkan pekerja untuk membersihkannya. Malah lagi sakit hati, dalam fitnah tersebut mengatakan restoran tersebut mengenakan caj kepada kanak-kanak yang muntah.

Padahal yang muntah bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa yang mabuk. Justeru, caj sebanyak RM15.00 dikenakan untuk kos pinggan dan gelas serta upah mencucinya.

Nasib baik kejadian itu dirakam oleh CCTV. Kalau tidak pasti fitnah seperti ini membuatkan masyarakat semakin memandang negatif terhadap restoran mamak.-KLICK.MY

 

Sumber: Penang Kini