Sensasi Terkini Viral

Pelanggan Bengang, Tuduh Cerita Kematian Peniaga Adalah Rekaan

Viral sejak semalam di media sosial paparan screenshot aplikasi WhatApps seorang lelaki yang juga pelanggan tidak percaya dengan apa yang didakwa oleh isteri peniaga berkenaan bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Dakwaan wanita tersebut bahawa suaminya telah meninggal dunia membuatkan lelaki berkenaan menuduhnya menipu.

Tidak dinyatakan bila pelanggan itu mula berurusan dengan peniaga terbabit. Namun difahamkan barang yang dipesannya sudah lama tetapi masih belum mendapat barangan tersebut sehinggalah dia dimaklumkan oleh isteri peniaga terbabit bahawa suaminya telah meninggal dunia.

“Maaf, saya isteri arwah. Faris telah kembali ke rahmatullah pada 15 Jun 2017. Saya akan refund duit tuan. Bagi nombor akaun dan detail tuan,” mesej isteri arwah.

Walaupun wanita berkenaan sudah menjelaskannya, lelaki itu tidak percaya dan mengugut mahu membuat laporan polis dan meminta ditunjukkan surat kematian lelaki itu sekiranya benar peniaga berkenaan telah meninggal dunia.

“Jangan sampai saya buat report polis. Masak awak nanti,” katanya memberikan amaran.

“Kematian suami saya, takkan saya nak buat main-main?” balas isteri arwah Faris.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, lelaki berkenaan terus mengajukan soalan demi soalan kerana dia mahu tahu apa punca suami wanita itu meninggal dunia.

Akibat tidak dapat menahan marah, dia mula menuduh isteri arwah hanya berikan alasan untuk tidak memulangkan wangnya.

“SubhanaAllah. Saya masih bersedih, tuan cakap macam-macam tentang arwah suami saya,” balas isteri sambil menghantar sijil kematian suaminya.

Sekali lagi, lelaki terbabit tidak percaya dan mendakwa surat itu boleh dibuat bagi tujuan menipu. Pelbagai reaksi dan pendapat netizen yang dilontarkan terhadap kes ini.

Apapun, semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik. Lagipun isteri arwah sudah menyatakan bahawa dia sanggup membayar ganti rugi barangan tersebut. –KLICK.MY