Luar Negara

Pelancong Terkejut Lihat Peniaga Selamba Jual Laici Disembur Cat

PELBAGAI taktik digunakan peniaga yang tidak jujur untuk mengaburi mata pelanggan ketika membuat urusan jual beli.

Sekiranya anda berkunjung di Pakistan berhati-hatilah ketika membeli barangan terutamanya buah-buahan di pasar mereka.

Seorang pelancong warga Britain terkejut apabila melihat seorang peniaga menyembur buah laici dengan warna merah sebelum menjualnya kepada pelanggan.

Menurut Layla Khan, 23, dia melawat keluarganya di Afzalpur, Pakistan bulan lalu dan ibu saudaranya tiba-tiba jatuh sakit serta cirit-birit selepas memakan buah laici dibeli di pasar.

Apabila Layla dengan sepupunya pergi semula ke pasar berkenaan mereka terkejut apabila melihat seorang peniaga mencangkung di belakang gerainya sambil mengecat buah laici muda dengan warna merah.

Rakaman video Layla menunjukkan peniaga itu menoleh ke belakang selepas menyedari aksinya dirakam dan tersengih sebelum meletakkan buah itu di jalan bersama buah lain yang sudah dicat.

“Semua orang juga buat perkara yang sama,” kata lelaki itu ketika disoal Layla.

Layla memberi amaran kepada pelancong supaya lebih peka dan sentiasa berhati-hati ketika membeli makanan di pasar seperti itu.

“Ibu saudara saya jatuh sakit serta cirit-birit selama dua hari kerana memakan beberapa buah laici yang dibeli di pasar ini.

“Saya dan sepupu saya membeli buah laici di pasar ini yang turut menjual pelbagai jenis makanan seperti kebab, samosa, buah-buahan dan kelapa,” ujarnya.

Tambahnya, peniaga seperti itu tidak kisah sekiranya menjual makanan yang beracun dan itu menjadi punca ibu saudaranya jatuh sakit.

“Sekiranya mahu membeli makanan, belilah di pasar raya. Harganya mungkin sedikit mahal tetapi ia lebih selamat,” jelasnya.

Menurutnya, dia sudah membuat laporan polis berhubung tindakan penjaga itu dan berharap peniaga berkenaan dikenakan tindakan yang sepatutnya. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.