Luar Negara Terkini

Maut Diserang Sakit Jantung Ketika Asyik Menikmati Tarian Bogel

BANGKOK, Thailand sememangnya terkenal dengan pelbagai aktiviti waktu malam khususnya untuk orang ‘dewasa’.

Kebanyakan pelancong asing terutamanya dari Barat datang ke bandar raya tersebut untuk berhibur selain melawat tempat-tempat menarik.

Namun, nasib malang menimpa seorang pelancong warga Britain apabila dia rebah selepas diserang sakit jantung ketika menyaksikan persembahan di sebuah bar tarian bogel di sana.

Saksi memberitahu, lelaki berusia lingkungan 60an itu duduk di bar berdekatan pentas sebelum tiba-tiba jatuh ke lantai dalam kejadian di Soi Cowboy di Bangkok, Rabu lalu.

Kakitangan bar bergegas memberikan bantuan pernafasan tetapi pelancong berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung.

Mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum Kedutaan Britain di Bangkok dimaklumkan mengenai insiden itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen