Hiburan Terkini

Pelancaran Tudung Afdlin Dikecam, Nama Hans Isaac Turut Terpalit

SEPANJANG minggu ini, isu berkaitan pelancaran tudung Neelofa di kelab malam begitu hangat diperkatakan.

Ianya turut membuka ruang untuk sesetengah pihak menangguk di air keruh dengan mengambil kesempatan atas isu tersebut.

Ada yang menghasilkan video parodi. Mungkin niat untuk bergurau atau menghiburkan orang ramai tetapi dalam pada bergurau itu tak mustahil ada pihak yang terasa hati.

Ada juga yang ikut melancarkan tudung jenama sendiri menggunakan strategi pemasaran ‘di luar kotak’ atau kebiasaan sepertimana yang dilakukan Neelofa untuk mengejar tular.

Begitulah yang dilakukan pelakon dan pelawak terkenal, Datuk Afdlin Shauki apabila melancarkan tudung atau telekung keluarannya dengan menggunakan diri sendiri dan beberapa lelaki sebagai model bertudung.

Afdlin turut memuat naik video pelancaran tudung keluarannya itu yang dibuat di kafe miliknya, Afdlin’s Comedy Planet beserta kapsyen penerangan yang dilihat turut memerli tindakan Neelofa apabila memberi alasan model lelaki digunakan untuk mengurangkan kos.

Malangnya, idea pelancaran tudung tersebut mendapat kecaman netizen yang tidak setuju dengan cara Afdlin itu.

Antara yang dipersoalkan ialah hukum lelaki memakai tudung, malah ada yang mengatakan strategi Afdlin ini merupakan lawak bodoh.

Menyedari video tersebut mendapat pelbagai kecaman, beberapa jam selepas itu Afdlin memuat naik video lain bagi menjelaskan niat dan tujuannya berbuat demikian.

Fikirkan….

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Menurut Afdlin, selepas memuat naik video pelancaran tudungnya itu, dia juga ada memuat naik satu lagi video iaitu video tutorial pemakaian telekung.

Justeru, dia mahu netizen membandingkan antara dua video tersebut yang mana satu mendapat lebih banyak ‘view’.

Ternyata video pelancaran tudung dengan idea seperti Neelofa iaitu video viral lebih banyak mendapat ‘view’ berbanding video tutorial pakai telekung.

Jadi, menurut Afdlin video yang dibuat secara tidak baik atau di luar kotak, lebih banyak mendapat perhatian dari segi pemasaran.

“Jadi kita fikir betul-betul, bila kita buat yang betul orang tak nak tengok tetapi bila kita buat yang tak betul orang nak tengok. Fikirkan!” ujarnya.

Penjelasan itu mendapat perhatian rakan baiknya yang juga pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac. Hans meninggalkan komen ringkas mengatakan dia bersetuju apa yang diperkatakan Afdlin.

Namun, pendapat Hans itu dibantah beberapa netizen. Mereka mengatakan Hans bukan orang Islam dan sebab itulah dia bersetuju dengan cara Neelofa.

Tak pasal-pasal pula nama Hans terpalit sama.

Sudah pasti orang bisnes bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan Afdlin namun apa yang dipertikaikan dalam isu ini sebenarnya ialah tidak semua perkara boleh dilakukan umat Islam tidak kiralah jika ianya betul pada pandangan mata manusia lain.

Nak berniaga tak salah tetapi jangan sampai langgar hukum agama. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen