Hiburan Terkini

Pelakon Juvana, Adam Shahz Dakwa Dibomoh Bekas Isteri

HUBUNGAN antara pelakon filem Juvana, Adam Shahz dengan Fatin Afeefa telah pun tamat apabila mereka sah bercerai talak satu pada tahun lepas.

Pelbagai spekulasi mengenai punca mereka bercerai kedengaran. Menurut Fatin, salah satu puncanya adalah kerana sihir pemisah yang dihantar kepadanya.

Namun semalam, Adam memuat naik kenyatan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku ke atas rumah tangga mereka di laman Twitter.

Kenyataan itu mengejutkan para netizen. Adam mendakwa dia telah dibomoh oleh bekas isterinya.

Adam mendedahkan cerita sebenar kerana tidak tahan dengan sesetengah pihak yang sering menyalahkan dan memandang negatif terhadapnya.

Bukan itu sahaja, Adam turut mendakwa Fatin pernah berlaku curang ketika masih bergelar isteri dan meminta agar Fatin berhenti berlakon seolah-olah dirinya adalah mangsa keadaan.

Dipercayai, punca api kemarahan Adam mula membara selepas Fatin menerusi sebuah portal akhbar tempatan mengatakan bekas suaminya itu tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah lapan bulan bercerai dan sering mengganggu kehidupannya.

Fatin juga memberitahu pintu hatinya sudah tertutup untuk kembali ke pangkuan Adam.

Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan bercerai pada 30 Mei 2017.

Mereka mempunyai dua cahaya mata bersama, Adam Aisy Arrian (anak angkat)  dan Ivy Herra Sophia. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen