Luar Negara Selebriti Terkini

Pelakon Hollywood, Channing Tatum Berpisah Dengan Isteri

PELAKON popular Hollywood Channing Tatum mengambil keputusan untuk berpisah dengan isterinya, Jenna Dewan selepas sembilan tahun berkahwin.

Menerusi satu kenyataan di akaun Instagram peribadinya, pelakon Kingsman ini menyatakan keputusan itu dibuat secara bersama dan ia tidak akan mengubah perasaan kasih sayang antara mereka.

Kenyataan itu ternyata membuatkan peminat terkejut dan mereka berharap Tatum dapat menyelesaikan masalah yang berlaku serta tidak mengambil keputusan terburu-buru untuk berpisah.

Kebanyakan peminat menggangap Tatum dan Jenna sebagai pasangan yang bahagia kerana sejak berkahwin mereka tidak pernah mempunyai sebarang masalah dalam rumah tangga.

Tatum dan Jenna mula bertemu di set penggambaran ’Step Up’ pada 2005.

Mereka berkahwin pada 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Everly berusia 4 tahun. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.