Hiburan Sensasi Terkini

Pelakon Drama Winter Sonata, Choi Ji Woo Kahwin Senyap Senyap

PELAKON drama Winter Sonata Choi Ji Woo dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia pada Khamis lalu.

Menurut The Fact, aktres berusia 43 tahun itu memilih lelaki bukan dalam kalangan selebriti sebaliknya bekerja di pejabat.

Pasangan itu berkahwin di sebuah lokasi di Seoul, Korea Selatan.

Tidak banyak maklumat berkaitan dengan suaminya diketahui.

Pelakon wanita itu pernah bercinta dengan aktor Lee Jin Wook selama dua tahun sebelum mengambil keputusan berpisah pada 2011.

Dia kemudian memutuskan untuk tidak berkongsi kisah cinta secara umum dan terlalu berahsia tentang kehidupan peribadinya.

Agensinya YG Entertainment turut terkejut selepas berita perkahwinan itu tersebar dan memberitahu mereka tidak mempunyai informasi tentangnya.

Tidak lama selepas itu, Choi Ji Woo mengesahkan sendiri berita gembira berkenaan menerusi foto di laman sosial instagram miliknya. –KLICK.MY