Hiburan

Pelakon Adrea Abdullah Pilih Bulan Ramadan Tamatkan Zaman Solo

TAHNIAH kami ucapkan kepada pelakon Adrea Abdullah kerana telah selamat mendirikan tumah tangga bersama lelaki pilihan, Zul Selamat.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2017 yang lalu.

Adrea, 41, mengesahkan berita tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Dia turut memuat naik fotonya bersama Zul, 29, yang sedondon berbaju merah jambu ketika majlis akad nikahnya.

Adrea memberitahu dia bersyukur atas pernikahannya dan dengan nada gurau mahu mengajak suaminya itu balik berhari raya ini ke kampungnya di Kelantan.

“Happiness… Alhamdullillah … ok now boleh la ikut I balik raya klate’ kan hubby @zulselamat ?#adreaandzullovestory #love #blessed #adreazulakadnikah #halaldah #imofficiallyyourwife #berkatramadhan,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian peminat dan rakan-rakannya yang rata-rata mengucapkan tahniah.

Adrea merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.