Luar Negara Viral

Pelajar Malaysia Maut Gara-Gara Selfie Pakai Kostum Spiderman

SEORANG pelajar Malaysia ditemui mati pada malam Rabu lalu dengan berpakaian kostum Spiderman, dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan asrama lelaki di Universiti Da-Yeh, Taiwan.

Dia dipercayai terjatuh ketika ingin mengambil gambar selfie sambil memakai kostum superhero terkenal itu.

Mayat mangsa ditemui salah seorang pelajar yang melalui kawasan tersebut, yang terkejut melihat sekujur tubuh yang sudah tidak sedarkan diri di lantai simen luar bangunan.

Menurut rakan sekelasnya, mangsa keluar ke balkoni asrama untuk mengambil gambar bersama kostum Spiderman yang dipakainya.

Dia dikatakan dikenali sebagai seorang ‘cosplayer’ dalam kalangan pensyarah dan rakan sekelas kerana telah menjadi hobinya berpakaian persis karakter filem, buku atau video game yang digemari untuk ke kelas.

Mangsa disahkan mati sejurus pihak polis tiba di tempat kejadian. Turut ditemui, telefon bimbit mangsa di balkoni asrama.

Saksikan berita mengenai kematiannya di bawah:

Ketua Unit Penyiasatan Jabatan Polis Daerah Changhua, Chan Ting-Yu berkata mereka tidak dapat menentukan secara pasti punca kematian kerana tiada saksi.

Pihak universiti dikatakan telah menghubungi keluarga mangsa dan mengatur perjalanan mereka untuk ke Taiwan. –KLICK.MY