Sensasi Terkini Viral

Pelajar Ditendang Ketika Latihan Amali Dikecam

Klip video menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai tenaga pengajar telah memukul kepala dan menendang pelajarnya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mengecam tindakan tenaga pengajar tersebut yang boleh dianggap zalim dan ketinggalan zaman. Namun, tidak diketahui di manakah ia berlaku. Kejadian berlaku ketika latihan amali mengisi gas penghawa dingin.

Ketika sedang menjalani latihan amali itu, mangsa diperhatikan oleh tenaga pengajar itu yang sesekali menarik telinga, memukul kepala dan menendang mangsa sehingga terduduk.

Lelaki itu turut melemparkan perkataan ‘bodoh’ terhadap mangsa. Tindakan lelaki itu diperhatikan sahaja oleh beberapa pelajar yang lain yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Sakit hati dengan tindakan tenaga pengajar itu, rata-rata netizen mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.-KLICK.MY