Sensasi Terkini Viral

Pelajar Belasah Peniaga Hingga Koma Kerana Ditegur Ponteng Sekolah

Apa sudah jadi dengan pelajar-pelajar masa kini. Tidak cukup berlagak samseng di sekolah, di luar sekolah pun mahu tunjuk jaguh.

Adakah sistem pendidikan di sekolah gagal membentuk para pelajar bersikap baik dan menghormati orang yang lebih tua?

Tular sejak beberapa hari lalu apabila seorang peniaga di pusat membeli-belah M3 Mall, Taman Melati, Gombak dipukul sekumpulan pelajar sehingga koma.

Insiden bermula apabila seorang pelajar ditegur oleh peniaga tersebut kerana ponteng sekolah. Tidak puas hati dengan teguran tersebut, pelajar berkenaan memanggil rakan-rakannya dan membelasah peniaga berkenaan.

Beberapa gambar yang dimuat naik di dalam Facebook menunjukkan pelajar-pelajar yang terlibat sudah ditangkap oleh pihak polis.

Rata-rata netizen menganggap kejadian tersebut memperlihatkan betapa rosaknya akhlak pelajar-pelajar zaman sekarang.

Mereka langsung tidak takut dengan tindakan undang-undang. Adakah generasi akan datang lebih teruk lagi daripada ini? Bagi membendung perlakuan negatif ini, semua pihak harus memainkan peranan tanpa menuding jari ke pihak lain.-KLICK.MY