Sensasi Terkini Viral

Pekerja Restoran Mamak Uli Tepung Sambil Lap Peluh

Baru-baru ini tular sebuah klip video yang memperlihatkan seorang pekerja di sebuah restoran mamak di ibu kota sedang menguli tepung sambil mengelap peluh.

Klip video tersebut telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Iky Faiereyl.

Klip video yang berdurasi selama 1 minit 24 saat itu memaparkan seorang pekerja menguli tepung dalam keadaan yang begitu menjijikkan. Ibarat kalau tengah lapar boleh hilang terus selera kalau lihat cara dia menguli tepung tersebut.

Selain mengesat peluh ketika menguli tepung, kelihatan juga kesan tepung sampai ke siku pekerja tersebut.

Mungkin bagi kebanyakan orang cara tersebut kelihatan jijik namun ia sebenarnya cara biasa digunakan oleh kebanyakan restoran untuk menguli tepung. Ada baiknya ia dilakukan secara tersembunyi daripada terang-terangan seperti itu.

Cita rasa dan pendapat orang berbeza jadi seharusnya pengusaha restoran peka dan dapat mencari kaedah yang terbaik agar tidak mengundang salah faham masyarakat.-KLICK.MY

Tag