Jenayah Semasa

Pekerja Dikurung, Dibakar Satu Badan Sebab Barang Tak Laku

Seorang pemilik akaun Facebook menggemparkan netizen sejak tengah hari semalam, apabila berkongsikan satu pos yang mendakwa seorang lelaki bertindak mendera hingga mendatangkan kecederaan kepada pekerjanya hanya kerana tidak mencapai jualan seperti dimahukan.

“Minta jasa baik kekawan tolong viral kan cari pu*imak ni and tolong bg pengajaran dan bwk ke balai. Dia buat adik kawan saya separuh mati di sebabkan tak target sale meniaga di depan maybank perling setiap malam. Dibakar satu badan bila sale takde selama 3bulan. Tpk tgn dan kaki d bakar. Mcm mne nk buat sale. Gaji tk d bayar. Kalau ada sesiapa yg boleh membantu tlg ssgt. Tlg beri kerjasama” tulis Mieyah Eyah.

Bersama posting tersebut disertakan gambar mangsa dan kecederaan yang dialaminya, serta gambar suspek yang disyaki mendera mangsa.

Kalau tengok pada kecederaan yang dialami, sememangnya perbuatan pendera tersebut tidak dapat diterima akal dan sudah pasti menyalahi undang-undang.


Berikut pula adalah individu yang didakwa melakukan perbuatan kejam terhadap mangsa:

Mangsa diselamatkan anggota keluarganya yang datang berkunjung ke rumah yang dihuninya bersama majikan dan mendapati dirinya berada dalam keadaan lemah.

Sehubungan itu laporan polis sudahpun dibuat namun suspek dikatakan telah menghilangkan diri bersama keluarganya.

Dalam pada itu Facebook Persatuan Bangsa Johor telah membuat penafian bahawa suspek mempunyai kaitan dengan pekerjaan sebagai ‘bodyguard’ kerana hasil carian mendapati namanya tidak tersenarai dalam persatuan Bodygurad Johor mahupun Bodyguard Association Malaysia (BGA Malaysia).

Apa pun, perbuatan yang dilakukan terhadap mangsa adalah satu penganiayaan dan pelakunya perlu diheret ke muka pengadilan.