Hiburan

Pekan Sudah Dijumpai, Rita Rudaini Mahu Polis Teruskan Siasatan

ALHAMDULILLAH akhirnya usaha keras Rita Rudaini mencari kucingnya yang bernama Pekan berbaloi apabila kucing tersebut sudah dijumpai.

Semalam Rita menerusi Instagramnya memberi amaran akan mendedahkan wajah peminjam kucingnya itu sekiranya masih gagal mencari binatang kesayangannya itu.

Terbaharu, awal pagi tadi Rita ke balai Polis Semenyih apabila dimaklumkan Pekan sudah dijumpai.

Menurut Rita, dai sangat gembira dan bersyukur kerana Pekan sudah dijumpai. Namun begitu, dia berharap polis meneruskan siasatan kerana banyak perkara terbongkar dan meragukan mengenai kehilangan kucingnya itu.

“Allahuakhbar…alhamdulillah..2.50 pagi..saya baru pulang dari balai Polis Semenyih. Terima kasih yang tidak terhingga pada Sarjan Rahmat dan semua polis di balai Polis Semenyih kerana menyelamatkan Pekan.

“Saya rasa sangat gembira apabila dihubungi dan diberitahu berita gembira ini. Pekan dalam keadaan yang letih dan murung serta kurus.

“Saya juga nak ucapkan berbanyak terima kasih pada seorang hamba Allah ini. Allah telah hantarkan dia pada saat saya bersedih dan memerlukan pertolongan.

“Banyak info mengenai Pekan yang dia bongkarkan. Mulia sugguh hati dia. Sejuk perut ibu dia dapat anak berhati mulia. Setiap malam saya menunggu info daripada dia dengan sabar.

“Terima kasih semoga Allah sahaja yang membalas jasa adik dan famili. Mulai malam ini, saya telah menganggap dia seperti famili sendiri. Ada hikmah apabila saya post di IG semalam untuk viralkan pula gambar peminjam.

“Tiba-tiba Pekan muncul. Misteri, suratan atau kebetulan. Kes ini akan saya bawa ke peringkat seterusnya.

“Walaupun telah djumpai, tapi banyak keraguan yang saya masih belum puas hati kerana cara Pekan hilang dan cara dijumpai semula sangat meragukan.

“Saya mahu pihak polis teruskan menyiasat kes tersebut dan ambil tindakan sewajarnya. Siasat sampai ke lubang cacing, sampai terungkai segala kebenaran kerana banyak info ‘benar sebenarnya’ yang saya dah pegang daripada hamba Allah yang berhati mulia ini.

“Terima kasih pencinta kucing yang  tak henti-henti berdoa untuk Pekan dan tak henti-henti ‘direct message’ saya.

“Terima kasih kawan-kawan rapat yang bersama dengan saya dalam misi Pekan dan terima kasih kepada media yang menyiarkan kisah Pekan,” tulisnya.

Kalau benar ada sindiket penjualan kucing yang dicuri, harap pihak berkuasa dapat menyiasat dan membanterasnya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.