Sensasi Terkini Viral

Pegawai Keselamatan Heret Penumpang United Airlines Cetus Kemarahan

Tindakan United Airlines mengheret seorang penumpang keluar daripada pesawat yang melebihi tempahan telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

 

Penumpang lelaki yang dipercayai dari Asia itu ditarik keluar dari laluan pesawat dengan badannya yang lemah, mulut berdarah, cermin matanya senget dan baju tersingkap.

 

Kejadian itu diketahui ramai apabila tersebarnya video insiden berkenaan di laman sosial. Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki menjerit selepas ditarik keluar daripada tempat duduknya dalam pesawat United Airlines 3411 sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare Chicago ke Louisville, Kentucky.

 Akibat daripada tersebarnya rakaman tersebut ia telah membangkitkan kemarahan netizen terhadap syarikat penerbangan tersebut dan ia dikritik hebat.

 

Menurut Jabatan Penerbangan Chicago dalam satu kenyataan, salah seorang pegawai keselamatan yang terlibat perbalahan itu tidak mengikut protocol. Justeru, dia diarahkan bercuti sementara bagi siasatan.

 

Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat juga sedang menyemak sama ada United Airlines telah mematuhi peraturan lebihan tempahan yang memerlukan syarikat penerbangan menetapkan garis panduan bagaimana penumpang dinafikan jika tidak mahu memberi tempat mereka secara sukarela.

 

Kebanyakan pengkritik mempersoalkan adakah United Airlines akan mengheret penumpang itu jika dia bukan dari Asia.-KLICK.MY