Sensasi Terkini Viral

Patutlah Suara Macam Saleem, Rupa-Rupanya…

Klip videonya menyanyi sebuah lagu berjudul Antara Sutera Dan Bulan menjadi tular di laman sosial. Rata-rata netizen memuji suaranya yang sedap seperti suara penyanti terkenal, Saleem.

Seorang pemuda yang juga anggota bomba telah ‘mencuri’ hati kebanyakan netizen dengan suara emasnya itu.

Sudahlah kacak, suara pula sedap mestilah mendapat perhatian orang ramai. Pemuda yang dikenali sebagai Nursyafiq Farhain ini telah memuatnaik video daripada aplikasi Smule di laman sosial dan ia tidak menyangka akan menjadi tular.

Malah lebih menarik, apabila diselidik akhirnya rahsia pemuda ini terbongkar apabila dia dikatakan anak Saleem. Patutlah suaranya sebiji macam penyanyi tersebut.

Menurut sumber, pemuda ini kini bertugas di Jabatan Bomba Dan Penyelamat di Johor Bahru.

Teringat pula anak Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama di mana suaranya juga mirip ayahnya. Bak kata pepatah manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Pasti selepas ini Nursyafiq akan dirisik oleh syarikat rakaman suara untuk dijadikan penyanyi-KLICK.MY