Sensasi Viral

Patutlah Rita Rudaini Langsing, Rupa-Rupanya…

Fuhhh…Barulah tahu rahsia kecantikan dan kelangsingan pelakon popular, Rita Rudaini. Rupa-rupanya dia seorang yang mengamalkan kehidupan sihat.

Pagi-pagi lagi dia sudah bangun dan terus bersarapan dengan bijirin serta susu. Selepas siap sarapan dia akan ke gimnasium untuk melakukan senaman dan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Kalau anda? Pasti sarapan dengan nasi lemak atau roti canai yang mempunyai kandungan lemak dan kalori yang tinggi. Kemudian langsung tidak melakukan senaman sebab itu lemak tepu sana sini.

Hah, kalau nak langsing dan cantik macam Rita Rudaini cuba tiru rahsianya itu. Sebenarnya bukan rahsia tetapi pelakon ini sering berkongsi gambar dan klip videonya ‘work out’ di gimnasium.

Yeayyyy!!! Done!! ? tq @fendinasir #fitnesswithRR

A post shared by @ritrud727 on

Walaupun sudah mempunyai dua anak dan dia sendiri sudah berusia 40 tahun ke atas, itu tidak menghalang untuk dia tampil cantik dan langsing.

Tak salahkan kalau kita ikut caranya kerana ia benar-benar bagus. Kalau tak dapat lakukannya di gimnasium, di rumah pun boleh. Lakukan senaman yang ringan-ringan sahaja.

Teruja tengok klip-klip video Rita Rudaini melakukan senaman di gimnasium. Jadi, tidak hairanlah kalau dia dikurniakan badan yang langsing.-KLICK.MY