Luar Negara

Pasangan Gay Ditawarkan Rawatan IVF Untuk Miliki Bayi Sendiri

SEBUT sahaja rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) atau dalam bahasa Melayunya bermaksud bayi tabung, pasti terbayangkan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata tetapi ingin memilikinya.

Namun jangan terkejut, ada juga pasangan sejenis atau gay yang menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan zuriat.

Baru-baru ini satu pasangan gay telah ditawarkan rawatan IVF oleh NHS (Perkhidmatan Kesihatan Nasional), dipercayai menjadi kes pertama seumpamanya di Britain.

Pasangan yang sudah berkahwin itu berharap untuk mendapat bayi mereka sendiri menggunakan sperma salah seorang daripada mereka dan seorang ibu tumpang yang akan mengandungkan anak itu.

NHS akan membiayai proses persenyawaan telur penderma dan embrio yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam ibu tumpang.

Hanya baru-baru ini NHS bersetuju memberikan pasangan lelaki gay ‘layanan’ seperti itu kerana sebelum ini terdapat larangan penggunaan ibu tumpang.

Kerajaan Scotland mengubah dasar itu dua tahun yang lalu, jadi mana-mana pasangan, tanpa mengira jantina atau orientasi seksual, layak mendapat rawatan kesuburan percuma.

Pasangan dari Scotland itu yang tidak dikenal pasti mendedahkan bahawa mereka ditetapkan menjalani rawatan NHS selepas membuat rayuan penderma telur dalam talian.

Salah daripada mereka menulis: ‘Klinik NHS kita tidak mempunyai penderma telur, mereka menasihatkan kami mencari penderma telur yang diketahui. Apa cadangan bagaimana untuk melakukannya?”

Seorang kawan menjawab: “Wah, tak tahu pula Scotland ada buat tawaran ini di NHS!”

Lelaki itu menjawab: “Ya, perkhidmatan baharu yang mereka tawarkan di Scotland … kami pun baru tahu.”

Kumpulan hak asasi gay Stonewall berkata: “Kami mengalu-alukan sebarang langkah yang memastikan individu lesbian, gay, bi dan trans mempunyai akses yang adil dan setara dengan rawatan kesuburan.”

Jurucakap kerajaan Scotland mengesahkan rawatan kesuburan ditawarkan kepada pasangan seks sejenis lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, termasuk pasangan lelaki seks sejenis yang mahu menggunakan ibu tumpang.

Tetapi dia menekankan bahawa NHS tidak akan mencari ibu tumpang itu. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.