Semasa Sensasi Terkini Viral

Parah, Besi Melayang Terkena Leher Kanak-Kanak

Seorang kanak-kanak cedera di bahagian kepala dan leher kerana terkena sebatang besi yang melayang dari sebuah lori di Kelantan pada Jumaat lalu.

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, Solahuddin bersama keluarganya sedang menaiki kereta di mana tiba-tiba sebatang besi dari sebuah lori di hadapan  terjatuh.

Kejadian itu menyebabkan besi tersebut melayang dan tertusuk cermin kereta bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan terkena pada anak bongsunya yang duduk di riba isterinya.

Difahamkan, anak bongsu pasangan itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan masih belum sedarkan diri.

Marilah sama-sama kita doakan supaya adik ini sedar dan kembali pulih. Kepada pengguna jalan raya, jangan mengekori terlalu dekat dengan lori atau kenderaan berat kerana ia boleh mengundang bahaya.-KLICK.MY