Hiburan

Panas! Nabila Huda ‘Hentam’ Ibu Tiri Di Insta Stories?

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba pelakon Nabil Huda mengamuk di Instagram Stories (Insta Stories) miliknya.

Dia meluahkan rasa marah dan kesal dengan sikap seorang individu yang sudah lama dipendamnya.

Menerusi entri tersebut, Nabila mengakui sekarang merupakan masa yang sesuai untuk menceritakan kisah sebenar setelah lama dirinya diaibkan oleh individu terbabit.

Entri yang dimuat naik oleh Nabila itu dilihat seolah-oleh ditujukan kepada seorang individu yang merupakan isteri kepada ayahnya iaitu penyanyi Amy Search.

Nabila Huda dan suaminya, Mohd Izwan Johar selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015.

Sebelum ini, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang berusia enam tahun.

Sementara itu, Amy Search telah berkahwin kali keempat dengan Nourish pada 2003  dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, hasil perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata. –KLICK.MY

Sumber: Astro Gempak

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.