Hiburan Sensasi Terkini

Panas! Fatin Afeefa Didakwa Ajak Suami Orang Tidur Di Rumah

SEBELUM ini pelakon Fatin Afeefa mencetus kontroversi apabila didakwa menggunakan khidmat bomoh oleh bekas suaminya, Adam Shahz.

Namun, tuduhan yang dilemparkan oleh bekas suaminya itu dinafikan oleh Fatin.

Berkaitan: Pelakon Juvana, Adam Shahz Dakwa Dibomoh Bekas Isteri

Katanya sebagai orang bandar, dia tidak tahu menahu mengenai bomoh. Kemudian kes itu senyap tanpa sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak lagi.

Berkaitan: ‘Bomoh Tu Apa? Saya Tak Kenal Bomoh-Bomoh Ni’ – Fatin Afeefa

Terbaharu, sejak semalam nama Fatin kembali disebut-sebut. Kali ini melibatkan kontroversi yang lebih panas.

Menerusi satu akaun Twitter, seorang wanita mendakwa Fatin telah menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Wanita itu turut mendakwa bahawa lelaki dalam gambar yang berkucupan dengan Fatin itu merupakan suaminya.

Gambar tersebut sebenarnya pernah tersebar di media sosial satu ketika dulu namun Fatin telah menafikan bahawa dirinya adalah wanita dalam gambar terbabit.

Berkaitan: Fatin Afeefa Nafi Kongsi Gambar Cium Boyfriend Di Instagram

Walaubagaimanapun segala bukti yang ditunjukkan oleh wanita ini sedikit sebanyak membuatkan penafian yang pernah dibuat oleh Fatin, diragui.

Menurut wanita itu lagi, Fatin pernah mengajak suaminya tidur di rumah sewa pelakon itu sedangkan ketika itu dia masih lagi bergelar isteri yang sah kepada lelaki di dalam gambar tersebut.

Wanita itu mendakwa pernah memberi amaran kepada Fatin agar menjauhi suaminya. Pesanan itu dipatuhi oleh Fatin yang turut berjanji tidak akan menganggu suaminya lagi tetapi akhirnya janji itu dimungkiri.

Hilang sabar dengan perbuatan Fatin, akhirnya wanita ini tampil mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya.

Adakah tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu benar atau tidak, sama-sama kita tunggu apa pula jawapan Fatin. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen