Hiburan Sensasi Terkini

Panas, Adi Putra Ceraikan Kedua-Dua Isteri

Terkini dunia hiburan tanah air pasti terkejut dengan berita mengejutkan yang dilakukan oleh pelakon kacak, Adi Putra apabila memuatnaik status pengakuan di Instagramnya.

Sebelum ini tersebar berita mengatakan aktor dari Singapura ini telah menceraikan isteri pertamanya namun kenyataan yang dibuat oleh Adi Putra di Instagram lebih mengejutkan.

Dakwanya, dia telah menceraikan kedua-dua isterinya iaitu Aida (isteri pertama) dan Shuhaida (isteri kedua). Perkara itu membuatkan kebanyakan peminat dan media terkejut.

Rasa-rasanya baru sahaja pada Februari lalu, Adi mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada isteri pertamanya itu. Inilah yang dikatakan jodoh, ajal, rezeki di tangan Allah.

Dalam pada itu juga Adi meminta supaya kedua-dua bekas isterinya tidak diganggu. Mungkin jodoh mereka setakat itu sahaja. Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka.-KLICK.MY