Sensasi Terkini Viral

Pakaian Terlalu Seksi, Jururawat Cantik Dipaksa Letak Jawatan

Cantik salah, buruk pun salah. Kisah seorang jururawat dari Thailand yang cantik dan sering berpakaian seksi dipaksa meletak jawatan oleh majikannya menjadi tular di laman sosial.

Pakaian uniform seperti mana-mana kebanyakan jururawat di dunia yang dipakai oleh jururawat jelita ini, membuatkan orang di sekeliling berasa tidak selesa.

Boleh dikatakan penampilan jururawat bernama Parichat Pang Chatsri, 26, agak menarik. Dia seorang jururawat yang pandai bergaya dan berhias.

Mungkin uniformnya terlalu ketat dan singkat membuatkan dia kelihatan terlebih seksi. Tetapi rasanya kalau sudah cantik, pakai apa pun nampak cantik.

Gambarnya dengan pakaian seragam ketat itu tersebar di laman sosial dan selepas disiarkan di laman web Thai Nurse Lovers Association ia terus tular.

Akibat tersebarnya gambar tersebut, jururawat ini menerima pelbagai kecaman daripada netizen dan ada yang menuduhnya berpakaian tidak selaras dengan pekerjaannya sebagai seorang jururawat.

Menyedari dirinya menjadi tumpuan, dia memohon maaf secara terbuka. Namun terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan buruk padahnya.

Walaupun telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan apa yang berlaku kepada pihak pengurusan hospital, alasannya itu tidak diterima dan dia dianggap telah merendahkan imej hospital.

Tidak mahu memanjangkan kes, Pang pun meletak jawatan.

Sungguh pun berpakaian seksi, sikap Pang yang sanggup memohon maaf secara terbuka dan meletak jawatan sebagai mengakui kesalahannya wajar dipuji. –KLICK.MY