Hiburan

Pakai Seluar Jean Ketika Sarat Mengandung, Mia Ahmad Ditegur Netizen

‘AKU yang hamil, kau yang panas’. Kata-kata ini sesuai ditujukan kepada netizen yang suka berfikiran negatif terhadap artis.

Sedia maklum, kini pelakon Mia Ahmad sedang berbadan dua dan kandungannya sudahpun masuk sembilan bulan.

Beberapa hari yang lalu, Mia memuat naik gambar di Instagram. Gambar tersebut melihatkan dia memakai seluar jean bergambar bersama suami dan pasangan Ayu Raudhah dan Aidil Zafuan.

Pemakaiannya itu mendapat komen daripada netizen yang tidak senang melihat Mia memakai seluar jean ketika hamil apatah lagi kandungannya sudah sarat.

Tindakan netizen yang bertubi-tubi memberi kritikan menyebabkan Mia berang. Menurut laporan mStar Online, Mia sebagai berkata dia sudah letih memberi penjelasan mengenai pemakaiannya itu.

“Penat nak jelaskan banyak kali apa itu maternity outfit (pakaian orang mengandung). Saya faham ada yang prihatin tapi macam mana pula kita ni nak faham sejenis individu yang tidak buat kajian main nak kritik sahaja.

“Baju dan seluar untuk wanita hamil dah banyak dijual di pasaran tapi masih ada juga yang tak tahu,” jelasnya.

Tambah Mia lagi, seluar jean yang dipakainya itu selesa dan tidak menjejaskan kandungannya.

“Mereka tegur kata nanti bayi saya lemas dalam perut kalau pakai macam tu. Mula-mula saya biarkan sahaja malas nak layan kerana kadang-kadang emosi kita yang tengah hamil ni tak stabil.

“Tapi saya rasa kena tegur juga dalam masa yang sama, ramai juga ibu yang sedang hamil bertanya tentang baju-baju dan seluar yang saya pakai itu,” ujarnya.

Tidak mahu netizen terus bertekak dan berbalah, Mia terpaksa menutup ruangan komen. Lagipun, yang memberi komen kebanyakannya individu yang masih bersekolah dan belum pernah melalui proses kehamilan. –KLICK.MY