Gaya Hidup Sukan Terkini

Padang Licin Punca Utama Pertemuan KL Hawks – Pahang Hambar

KUALA LUMPUR 16 April – Perlawanan Kuala Lumpur dan Pahang untuk aksi tumpuan Unifi Liga Super di Stadium Cheras malam kelmarin berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Perlawanan yang dijangkakan menjadi pelengkap kepada aksi cemerlang The Giant Killer oleh KL Hawks, bermula dengan agak hambar kerana pemain kedua-dua pasukan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang licin dan basah akibat hujan.

Namun, pada minit ke-10, hasil hantaran Ashri Cuchu, tandukan kemas De Paula berjaya menghasilkan jaringan yang juga merupakan gol ke-6 peribadinya musim ini.

Kurang 3 minit KL Hawks mendahului, akibat kegagalan penjaga gol muda KLFA Khatul Anuar Jalil mengeluarkan bola hantaran lintang dari kawasan berbahaya, Mohamdou Sumareh menanduk masuk sekaligus menjadikan kedudukan seri 1-1.

Pada minit ke-39, sekali lagi KL Hawks mendahului, kali ini melalui rembatan Indra Putra Mahyudin yang menyudahkan hantaran pendek dari De Paula.

Memasuki separuh masa kedua, skuad kendalian Coach Fabio Maciel terus mengekalkan strategi bertahan dalam menyerap serangan bertali arus pasukan Tok Gajah.

Sedikit sahaja kealpaan penjaga gawang, KL Hawks dihukum oleh Kogileswaran Raj pada minit ke-60 melalui rembatan deras dari luar petak penalti ke penjuru kiri gawang KLFA.

Kedudukan seri 2-2 kekal hingga akhir perlawanan. –KLICK.MY

Liga Super
F/T: KUALA LUMPUR 2 PAHANG 2

KL – Guilherme De Paula 10′; Indra Putra Mahayuddin 39′
P – Mohamadou Sumareh 13′, Kogileswaran Raj 60′

Match statistics
Shots (on target): 6 (3) – 18 (11)
Corners: 3 – 14
Fouls: 17 – 10
Offside: 2 – 0

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.