Gaya Hidup

Padah Tendang Kucing, Remaja Perempuan Dikerah Berkelakuan Baik

HAIWAN juga makhluk Allah SWT yang berhak hidup dan dilayan dengan baik.

Antara haiwan peliharaan yang paling diminati oleh rakyat Malaysia adalah kucing. Malah, dalam Islam sendiri kucing merupakan haiwan kesukaaan dan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w.

Namun, tindakan seorang remaja berumur 16 tahun yang menendang seekor anak kucing membawa padah kepadanya.

Remaja itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu di belakang kedai perabut, Lorong Seri Menerong 4, Taman Seri Menerong, Tasek Gelugor.

Dia dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret Butterworth Pulau Pinang semalam.

Remaja berkenaan membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Che Rohana Ismail yang dilakukan dalam prosiding tertutup.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa tanpa sebab yang munasabah telah menendang seekor kucing kira-kira jam 1 petang pada 4 Mac 2018.

Difahamkan tindakan remaja berkenaan telah dirakam sebelum dimuat naik ke laman sosial dan menjadi tular.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) (Akta 647), namun dikenakan hukuman mengikut Seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana masih di bawah umur.

Pembantu Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Muhd Tarmizi Mohd Dzaki memegang seekor anak kucing berusia enam bulan diberi nama ‘Mimi’ ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohd. Zamri [email protected] –KLICK.MY

Sumber: Astro Awani

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.