Jenayah Sensasi Viral

Padah Rakam Payudara OKU, Wanita Didakwa!

Bagaimana agaknya kalau kemaluan payudaranya dirakam oleh orang lain? Pasti marah dan malu kan?

Buat seorang wanita, tidak diketahui apa motifnya sehingga sanggup merakam kemaluan dan payu dara kaum sejenisnya.

Lebih menyedihkan mangsa tersebut adalah Orang Kelainan Upaya (OKU).

Rentetan daripada itu, wanita yang dikenali sebagai Najlaa Khairunnissa Mohd Younes itu telah dihadapkan ke mahkamah dan dia telah mengaku bersalah.

Kesalahan dilakukan tertuduh di kedai kasut di sebuah pasar raya di Taman Lagenda, di sini, jam 4 petang sebelum sambutan Tahun Baru Cina lalu.

Mahkamah kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM500 selain menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Sumber: Harian Metro