Semasa

Padah Hina Islam, Wanita Ini Akhirnya Ditangkap!

Sengaja menempah padah seorang wanita yang sebelum ini menjadi tular kerana menghina Islam dengan kencing di atas al-Quran kemudian membakarnya telah ditangkap!

Tindakan berani tetapi bodohnya itu telah memakan diri. Tiada kerja cari kerja. Dunia hari ini menyaksikan Islam sering dihina dan dipersalahkan. Tindakan perempuan ini salah satu contohnya.

Wanita bernama Sheila Szmerekova, 24, telah ditangkap dan diarahkan ditahan di lokap oleh mahkamah khas di Banska Bystrica sehingga perbicaraan bermula.

Dia didakwa menghasilkan bahan provokasi yang melampau, memfitnah sesebuah negara dan bangsa serta menghasut kebencian terhadap umat Islam.

Tidak diketahui kenapa dia begitu membenci Islam malah mengisytiharkan perang terhadap orang Islam. Wanita berasal dari Slovakia ini menjadi kemarahan orang ramai setelah klip videonya tersebar ke seluruh dunia.

Jawabnya mereputlah kau dalam lokap dan kalau dilepaskan nanti belum tentu dia selamat kerana wajahnya sudah dikenali.-KLICK.MY