Terkini Viral

Orang Ketiga Halang Jakim Dedah Identiti Jantina Sajat?

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah memberi tempoh sebulan untuk mengesahkan identiti jantina usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Berkaitan: Jakim Beri Tempoh Sebulan Tentukan Jantina Sajat Secara Rasmi

Namun selepas hampir sebulan, Jakim mengeluarkan kenyataan baharu dengan mengatakan tempoh yang dijanjikan mungkin mengambil masa lebih lama apabila mereka mendakwa telah ‘dihalang’ untuk meneruskan prosedur berkenaan.

Memetik laporan mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mendedahkan prosedur itu ‘dihalang’ oleh orang ketiga di pihak Sajat.

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang,” katanya tanpa mendedahkan siapa individu tersebut.

Sungguhpun begitu, Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu bagi menjawab persoalan masyarakat.

“Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,” katanya.

Mohd Izwan turut menafikan cerita mengenai seorang pegawai wanita dari Jakim telah mengesahkan jantina sebenar Sajat, sebagaimana didakwa seorang penulis blog menerusi penstriman video secara langsung di laman Facebook baru-baru ini.

“Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja,” jelas Mohd Izwan.

Nampaknya masyarakat masih perlu bersabar untuk mengetahui identiti jantina Sajat. Tak apalah, bersabar itukan separuh daripada iman. Tak gitu! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.